- Iklan -
Berita

Kas baru Covid-19 jangkau 20,000 jangkitan, korban lepasi 17,000 kematian

249 lagi korban akibat Covid-19 dicatat dalam tempoh 24 jam lalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua  kepada penghuni yang menghuni di Pusat Transformasi Gelendangan Anjung Kelana, Taman Desa.
Petugas kesihatan dari Pusat Kesihatan Tangling memberikan suntikan vaksin dos ke dua kepada penghuni yang menghuni di Pusat Transformasi Gelendangan Anjung Kelana, Taman Desa.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,988 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,786,004 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,073 disusuli Sarawak (2,992) Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600), Kelantan (1,247), Perak (990), Terengganu (987), dan Pahang (599).

Hanya Labuan (5) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 23,473 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,506,273.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 262,540 kes.

Dalam pada itu, 1,001 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 470 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 249 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 17,191.