Saturday, September 25, 2021

Harga siling kit ujian kendiri Covid-19 ditetap RM19.90

Harga siling itu akan berkuat kuasa pada 5 September depan.

Other News

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan harga siling kawalan kit ujian kendiri Covid-19 ditetapkan pada harga RM19.90 bagi jualan runcit dan RM16.00 bagi jualan borong berkuat kuasa Ahad ini.

“Kami juga akan pertimbang pilihan pembelian secara pukal bagi menjadikan harga menjadi lebih murah dan sedang berusaha untuk menyediakan kit ujian secara percuma kepada keluarga B40,” katanya dalam satu ciapan Twitter hari ini.

Semalam, Khairy berkata rakyat Malaysia perlu membiasakan diri untuk melakukan ujian kendiri sebagai sebahagian persediaan bagi menghadapi fasa endemik Covid-19 yang dijangka bermula pada akhir Oktober depan.

Setakat ini, wujud 11 jenama kit ujian kendiri yang diberikan kelulusan oleh kementerian kesihatan bagi kegunaan awam.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles