- Iklan -
Berita

65.1% dewasa, 46.7% populasi lengkap vaksin Covid-19

398,134 dos vaksin diberikan semalam dengan 188,780 daripadanya dos pertama manakala 209,354 adalah dos lengkap.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Program vaksinasi kebangsaan dimulakan sejak 24 Februari lalu.
Program vaksinasi kebangsaan dimulakan sejak 24 Februari lalu.

Sebanyak 65.1% atau 15,241,655 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, sebanyak 85.1% atau 19,932,137 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 35,150,474 dos.

Menurut JKJAV, 61% daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 46.7% telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 398,134 dos dengan 188,780 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 209,354 adalah dos lengkap.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.