Thursday, September 16, 2021

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 bermula 6 September depan, kata PM

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 dijangka selesai pada 10 September 2021.

Other News

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan proses pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa Satu akan bermula 6 September, mengatakan sejumlah RM 3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan hari ini.

Dalam sebuah kenyataan, Ismail berkata beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas Covid-19 yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan kementerian kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

Menurut Ismail, BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang berkelayakan.

Kriteria kelayakan penerima miskin tegar dan B40 berdasarkan kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan jumlah pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah dan dan pendapatan bagi individu bujang sebanyak RM2,500 ke bawah.

Sementara itu, kriteria kelayakan bagi golongan M40 pula adalah penerima perlu melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan isi rumah antara RM5,001 hingga RM9,000 atau bagi individu bujang antara RM2,501 hingga RM5,000.

Bantuan yang akan dikredit kepada golongan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang diumumkan oleh perdana menteri terdahulu, Muhyiddin Yassin pada Jun lalu.

BKC akan dilaksanakan secara berperingkat dalam beberapa fasa mengikut kategori atau amaun kelayakan penerima.

Berikut adalah jadual fasa pembayaran mengikut kategori penerima BKC:

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles