Saturday, September 25, 2021

Lagi atlet Malaysia rangkul pingat perak di Paralimpik Tokyo

Chew weil Lun terlepas pingat emas kepada atlet Britain David Smith namun berjaya mengatasi atlet dari Brazil, Jose Carlos Chagas de Oliveira yang menerima pingat gangsa.

Other News

Atlet boccia kebangsaan Chew Wei Lun membawa pulang satu lagi pingat perak untuk Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Tokyo selepas memenangi kategori campuran (BC1) di Pusat Gimnastik Ariake hari ini.

Chew, atlet boccia Malaysia pertama bersaing di pentas Paralimpik dalam sukan itu kalah 2-4 kepada juara Paralimpik Rio 2016, David Smith dari Britain.

Atlet berusia 26 tahun itu memulakan permainan dengan bergaya selepas mendahului 2-0 dalam pusingan pertama, namun Smith kembali bangkit dengan 2-1 pada pusingan kedua, dan mendapat keputusan seri pada pusingan ketiga sehingga pusingan keempat beliau mengalahkan Chew 4-2 pada pusingan keempat.

Chew kini berada di ranking ke-11 dunia setelah memenangi enam acara sukan berturut-turut termasuk empat perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Pingat perak diperolehi Malaysia hari ini adalah pingat kedua susulan kejayaan Malaysia di Paralimpik Tokyo selepas Jong Yee Khie merangkul pingat yang sama dalam acara angkat berat bagi kategori 107kg pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Rakan atletnya Bonnie Bunyau Gustin berjaya membawa pulang pingat emas dalam kategori 72kg di temasya sukan tersebut pada Sabtu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles