- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun bawah 19,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,711.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Doktor sukarelawan, Dr Mohammad Al-Imran Kassim bersama petugas Bulan Sabit Merah Malaysia membawa barangan vaksinasi ke rumah warga emas yang uzur di Taman Dato Razali, Ampang.
Doktor sukarelawan, Dr Mohammad Al-Imran Kassim bersama petugas Bulan Sabit Merah Malaysia membawa barangan vaksinasi ke rumah warga emas yang uzur di Taman Dato Razali, Ampang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 18,762 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,765,016 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,711 disusuli Sabah (2,430) Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585), Kelantan (1,504), Perak (899), Pahang – 715, dan Kuala Lumpur (573).

Hanya Labuan (3) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 21,073 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,482,800.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 265,274 kes.

Dalam pada itu, 1,007 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 464 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 278 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 16,942.