Saturday, September 25, 2021

Jawatankuasa Paralimpik tolak rayuan Malaysia berhubung keputusan acara lontar peluru

Selain atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli, atlet dari Ecuador dan Australia turut dibatalkan kelayakan mereka daam acara lontar peluru di Paralimpik Tokyo 2020.

Other News

World Para Athletics (WPA) menolak rayuan Malaysia berhubung keputusan acara lontar peluru F20 yang menyaksikan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli dibatalkan pingat emas dimenanginya disebabkan kesilapan teknikal.

Selain Ziyad, kelayakan Jordi Patricio Congo Villalba dari Ecuador dan Todd Hodgets dari Australia turut dibatalkan kerana dikatakan lewat memasuki kawasan acara itu selepas bantahan dibuat oleh Ukraine, di mana atletnya Maksym Koval akhirnya diumum sebagai pemenang pingat emas.

Ziyad memecahkan rekod dunia dua kali dan boleh memenangi emas dalam acara tersebut telah diklasifikasikan sebagai “Did Not Start” (DNS) atau tidak memulakan aksi berikutan protes yang dikemukakan terhadapnya.

Dalam sebuah kenyataan, WPA berkata ia juga turut menolak rayuan yang dibuat oleh atlet dari Australia dan Ecuador tersebut.

Keputusan itu berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia – “Kegagalan melapor diri di bilik menunggu” yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual Bilik Menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles