Monday, September 27, 2021

Dr M ulangi gesaan wujud hospital sementara ketika korban Covid-19 meningkat

Dr Mahathir Mohamad berkata hospital tersebut berfungsi untuk memberikan bantuan oksigen kepada pesakit.

Other News

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari sekali lagi menggesa hospital sementara diwujudkan bagi merawat pesakit Covid-19 dalam Kategori Tiga dengan bantuan oksigen berikutan jangkitan virus pada paru-paru mereka.

Dalam ciapan Twitter beliau, Mahahir berkata ketika ini hanya pesakit Kategori Empat dan Lima sahaja yang dimasukkan ke wad hospital.

“Kategori 1,2, dan 3 diarah kuarantin di rumah. Di rumah tidak ada perawat atau oksigen.

“Keluarga di rumah tidak dapat tolong kerana tidak boleh berdekat dengan pesakit. Doktor tidak dapat dipanggil. Pesakit jadi lebih teruk. Oksigen tidak ada di rumah. Dan akhirnya pesakit meninggal dunia,” katanya.

Mahathir mencadangkan pesakit-pesakit dalam kategori tersebut dikuarantin di hospital sementara, mengatakan pihak tentera boleh membina hospital lapangan sementara dewan-dewan di hotel dan bangunan lain boleh dilengkapkan dengan katil, oksigen dan jururawat.

“Apabila dikesan pesakit sudah jadi lebih serius, doktor dan jururawat boleh beri oksigen.

“Jika kurang respons, pesakit boleh dipindah ke hospital biasa.”

Pesakit Covid-19 dikategorikan kepada lima kumpulan berdasarkan keseriusan jangkitan yang dihadapi mereka.

Kategori Satu adalah jangkitan asimptomatik sementara Kategory Dua bergejala ringan.

Pesakit Kategori Tiga adalah mereka yang menghidap pneumonia yang memerlukan pemerhatian petugas kesihatan.

Sementara pesakit Kategori Empat memerlukan bantuan oksigen dan mereka yang berada dalam Kategori Lima berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Daripada 20,897 jangkitan baru yang dilaporkan semalam, lebih dari 20,400 berada dalam Kategori Satu dan Dua.

Dalam pada itu, pesakit Kategori Tiga menyaksikan penambahan sebanyak 224 kes, dan tambahan 119 kes dalam Kategori Empat selain 79 kes lagi dalam Kategori Lima.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles