- Iklan -
Berita

Bekas presiden Abim hembus nafas terakhir di usia 74 tahun

Siddiq Fadhil yang berusia dilaporkan kritikal sejak 27 Ogos lalu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas presiden Abim Siddiq Fadzil. Gambar: Instagram
Bekas presiden Abim Siddiq Fadzil. Gambar: Instagram

Bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Siddiq Fadzil meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang berusia 74 tahun meninggal dunia pada pukul 6.32 petang tadi.

“Jenazah Allayarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak,” kata sebuah kenyataan bersama pimpinan Abim, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM) dan Wadah Pencerdasan Umat (Wadah) dalam kenyataan.

Pada 27 Ogos lalu, Siddiq dilaporkan kritikal, tidak sedarkan diri dan terpaksa dibawa ke unit rawatan rapi (ICU).

Siddiq merupakan Presiden Persatuan Mahasiwa Islam Universiti Malaya (PMIUM) pada 1970-an.

Beliau juga merupakan penerima Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada 2018.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan pengerusi lembaga pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).