- Iklan -
Berita

282 lagi korban Covid-19 dicatat, kes baru jangkau 20,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,371 disusuli Sabah sebanyak 2,594.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-Ntech untuk dos kedua kepada penerima yang hadir secara pandu lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras.
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-Ntech untuk dos kedua kepada penerima yang hadir secara pandu lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Cheras.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,897 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,746,254 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,371 disusuli Sabah (2,594) Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942), Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204), KL (1,003), dan Pahang (798).

Hanya Labuan (1) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 18,465 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,461,727 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 267,863 kes.

Dalam pada itu, 1,005 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 464 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 282 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 16,664.