- Iklan -
Berita

PM percaya Lembah Klang boleh beralih ke Fasa 2 PPN

Perkara itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80%.

Bagaimanapun, katanya perkara itu akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet yang akan dipengerusikannya nanti.

“Sekali lagi saya berbangga dengan semua yang terlibat dan pencapaian yang hebat ini,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

Semalam, Ismail berkata kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5%.