- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun ke paras 19,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,567 disusuli Sabah sebanyak 2,310.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, menunjukkan dos pada picagari sebelum memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech dos pertama kepada warga emas orang asli suku Temuan ketika berkunjung ke rumahnya di Sungai Congkak, Hulu Langat.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,268 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,725,357 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,567 disusuli Sabah (2,310) Johor (2,265), Kedah (2,084), Sarawak (2,028), Pulau Pinang (1,780), Kelantan (1,308), Perak (1,144), dan Pahang (788).

Hanya Labuan (2) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 21,257 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,443,262 kes.

Dalam pada itu, 1,033 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 476 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 295 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 16,382.