- Iklan -
Berita

Hampir 83% populasi dewasa terima 1 dos vaksin Covid-19

Sementara itu, hampir 63% populasi dewasa Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi orang asli di Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi orang asli di Hulu Langat.

Seramai 14,648,590 individu atau 62.6% daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, seramai 19,389,392 individu atau 82.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 34,027,548 dos.

Menurut JKJAV, 59.4% daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, manakala 44.9% telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 302,804 dos dengan 142,186 merupakan dos pertama dan 160,618 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.