Monday, September 27, 2021

Azmin ketuai angkat sumpah kumpulan pertama Kabinet

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Other News

Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mengetuai angkat sumpah kumpulan pertama menteri dalam istiadat sumpah pelantikan jawatan dan sumpah setia dan simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Kumpulan kedua menteri diketuai Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man, ketiga diketuai Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dan keempat oleh Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah sementara yang kelima oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid.

Turut berangkat pada istiadat yang bermula pada 2.30 petang itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan hadir bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian selepas terpaksa menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini setelah disahkan kontak rapat pesakit Covid-19.

Selain itu, turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Majlis itu berlangsung susulan pengumuman barisan jemaah menteri baru oleh perdana menteri pada Jumaat lepas.

Saf pentadbiran kerajaan baru pimpinan Ismail itu terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan serta 38 timbalan menteri.

Kesemua mereka diumum sebagai anggota pentadbiran negara oleh Ismail, tujuh hari selepas beliau mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan di hadapan Agong pada 20 Ogos lepas.

Ismail menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan ahli Parlimen.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles