- Iklan -
Berita

Atlet angkat berat Paralimpik Tokyo sumbang pingat kedua buat Malaysia

Jong Yee Khie, berjaya rangkul perak dalam acara lelaki 107kg.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Atlet Paralimpik Tokyo Jong Yee Khie memenangi pingat perak dalam kategori 107kg acara angkat berat lelaki. Gambar: Bernama
Atlet Paralimpik Tokyo Jong Yee Khie memenangi pingat perak dalam kategori 107kg acara angkat berat lelaki. Gambar: Bernama

Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107kg, yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.

Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230kg, beliau kembali bangkit untuk mengesahkan pingat perak dalam percubaan keduanya, dengan angkatan seberat 237kg.

Bagaimanapun, pendandan rambut dari Batu Kawa, Kuching berusia 32 tahun itu, kemudian tidak berupaya untuk memperbaiki angkatan itu selepas gagal dalam percubaan ketiga dan juga terakhirnya iaitu 245kg.

Kejayaan Yee Khie itu bermakna, beliau dapat menebus kekecewaan selepas sekadar menduduki tempat ketujuh bagi kategori 97kg, ketika membuat kemunculan pertamanya di Rio 2016.

Ini merupakan pingat kedua diraih kem powerlifting negara, selepas Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding bagi kategori lelaki 72kg, mencipta sejarah menjadi atlet pertama merangkul emas buat kontinjen negara, pada temasya berprestij itu Sabtu lepas.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.