- Iklan -
Berita

Kes baru menurun ke paras 20,000, korban Covid-19 jangkau 16,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,591

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin di PPV menunggu giliran untuk menerim suntikan di Pusat Konvensyen Sunway.
Penerima vaksin di PPV menunggu giliran untuk menerim suntikan di Pusat Konvensyen Sunway.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,579 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,706,089 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,591 disusuli Sabah (2,578) Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755), Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316), Perak ( 1,208), dan Pahang (839).

Hanya Labuan (2) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 20,845 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,422,005 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 267,997 kes.

Dalam pada itu, 1,009 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 477 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 285 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 16,087.