- Iklan -
Berita

Bekas timbalan menteri Lajim Ukin meninggal dunia akibat Covid-19

Lajim ditidurkan pada 24 Ogos lalu dan disahkan meninggalkan dunia pagi tadi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas timbalan ketua menteri Sabah Lajim Ukin. Gambar: Bernama
Bekas timbalan ketua menteri Sabah Lajim Ukin. Gambar: Bernama

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Lajim Ukin meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Pakar KPJ, pagi ini.

Perkara itu disahkan isterinya Normilah Siong ketika dihubungi Bernama, dan memaklumkan Allahyarham, 66, meninggal dunia pukul 6.23 pagi tadi.

Sementara itu pegawai khasnya Ismail Norazman berkata, jenazah Allahyarham yang juga bekas timbalan ketua menteri Sabah akan dibawa ke kampung halaman beliau di Kampung Kebatu, Beaufort untuk disemadikan.

“Terima kasih untuk segala doa kalian. Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh di sisi-Nya kelak, diampunkan segala dosa dan diterima segala amal kebaikannya di dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 24 Ogos lepas, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu, ditidurkan pada jam 2 petang di hospital sama untuk rawatan susulan akibat jangkitan Covid-19.