Monday, September 27, 2021

Siapa keluar, dan masuk dalam Kabinet Ismail

Beberapa muka baru diperkenalkan dan beberapa lagi menteri digugurkan.

Other News

Sekurang-kurangnya enam menteri dan timbalan menteri daripada jemaah menteri kerajaan sebelum ini digugurkan dalam barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Empat menteri yang digugurkan mewakili setiap parti Bersatu, Umno dan PAS, dan seorang menteri bukan ahli politik.

Mereka adalah bekas mufti Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Redzuan Yusof dari Bersatu, Khairuddin Aman Razali (PAS) dan Shamsul Anuar Nasarah (Umno).

Shamsul adalah antara menteri yang meletakkan jawatan dalam Kabinet sebelum peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang kemudian mewujudkan kelompongan kuasa pentadbiran negara bulan ini.

Sementara itu, dua timbalan menteri juga tidak dilantik semula ke dalam Kabinet: Abdul Rahim Bakri dari Bersatu dan Che Abdullah Mat Nawi dari PAS.

Senarai Kabinet, walaupun dilihat hampir menyerupai barisan menteri sebelum ini, akan tetapi beberapa bekas menteri dilantik semula untuk kerja-kerja yang berbeza, tetapi turut menyaksikan lantikan baru yang bukan sebahagian dari Kabinet Muhyiddin.

Salah seorang daripada mereka, Idris Ahmad dari PAS yang memulakan tugas pertama sebagai menteri dan bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu, yang sebelum ini dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri hanya beberapa hari sebelum peletakan jawatan Muhyiddin.

Tiga lagi menteri – Mahdzir Khalid, Noh Omar dan Shahidan Kassim – pula pernah berkhidmat sebagai menteri dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, lima ahli politik lagi turut dilantik menjadi timbalan menteri.

Mereka adalah Yamani Hafez Musa (timbalan menteri kewangan), Mohamad Alamin (timbalan menteri kedua menteri pendidikan), Ti Lian Ker (timbalan menteri belia dan sukan), Nik Muhammad Zawawi Salleh (timbalan menteri kedua menteri pertanian) dan Jalaluddin Alias (timbalan menteri Wilayah Persekutuan).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles