Monday, September 27, 2021

KM Sarawak sambut baik lantikan 8 ahli Parlimen GPS dalam Kabinet

Empat daripada mereka adalah menteri penuh sementara empat lagi dilantik sebagai timbalan menteri.

Other News

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini mengalu-alukan langkah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang melantik lapan ahli Parlimen dari GPS bagi menganggotai barisan Kabinet yang diketuai beliau, termasuki Ahli Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai menteri yang memegang portfolio Parlimen dan undang-undang.

Bercakap ketika lawatan ke Kuching hari ini, beliau menyuarakan sokongannya dalam lantikan dua ahli Parlimen Sarawak dari Bersatu sebagai timbalan menteri, mengatakan barisan Kabinet itu akan memperkukuhkan pentadbiran Ismail.

“GPS mempunyai empat menteri penuh dan juga empat timbalan menteri. Dan dua orang dari Bersatu, Willie Mongin dan Ali Biju.

“Kita ada empat menteri penuh dan enam timbalan menteri dari Sarawak,” katanya.

Beliau turut berharap menteri yang dilantik akan menumpukan usaha dalam menyelesaikan krisis Covid-19.

“Harap dengan kestabilan kerajaan persekutuan sekarang kita dapat selasaikan masalah yg dihadapi negara termasuk untuk pulihkan ekonomi.

“Apa yang perlu adalah menggalas tanggungjawab dan amanah untuk sama-sama kerja dengan PM dengan pendekatan Keluarga Malaysia.”

Wan Junaidi sebelum ini memegang jawatan menteri pembangunan usahawan dan koperasi dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof kekal memegang jawatan menteri kerja raya pada masa sama, Ahli Parlimen Kapit Alexander Nanta Linggi dan Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri mengekalkan portfolio mereka sebelum ini.

Ahli Parlimen Mukah Hanifah Taib juga dilantik semula sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang porfolio hal ehwal Sabah dan Sarawak dan Ahli Parlimen Lawas Henry Sum Agong mengekalkan jawatannya sebagai timbalan menteri pengangkutan.

Mongin and Ali pula dilantik semula sebagai timbalan menteri industri perladangan dan komoditi dan timbalan menteri tenaga dan sumber asli.

Ahli Parlimen Kanowit Aaron Ago Dagang dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan sementara Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah kekal memegang jawatan timbalan menteri luar bandar.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles