- Iklan -
Berita

339 korban Covid-19 direkod, kes baru menurun di paras 22,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,920 disusuli Sabah sebanyak 3,010.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang asli suku Temuan beratur sambil menunggu giliran bagi proses vaksinasi yang akan dijalankan di dalam ambulan yang dijadikan pusat pemberian vaksin secara bergerak di Sungai Gabai, Hulu Langat.
Orang asli suku Temuan beratur sambil menunggu giliran bagi proses vaksinasi yang akan dijalankan di dalam ambulan yang dijadikan pusat pemberian vaksin secara bergerak di Sungai Gabai, Hulu Langat.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 22,070 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,662,913 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,920 disusuli Sabah (3,010), Sarawak ( 2,224), Kedah (2,072), Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068), Kelantan (1,051), Perak (939) dan Pahang (610).

Hanya Labuan (8) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 21,877 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,381,668 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 265,695 kes.

Dalam pada itu, 982 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 470 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 339 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 15,550.