Saturday, September 25, 2021

PM mengadap Agong, dipercayai persembah cadangan senarai Kabinet

Kenderaan dinaiki perdana menteri tiba di perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.

Other News

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dipercayai bagi mempersembahkan cadangan senarai Kabinet kepada beliau di Istana Abdulaziz.

Kenderaan dinaiki perdana menteri tiba di perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.

Perdana menteri dipercayai mempersembahkan cadangan senarai itu untuk mendapat perkenan Sultan Abdullah sebelum diumumkan, yang dijangka pada petang ini.

Pengumuman itu sekali gus akan dapat menamatkan spekulasi mengenai senarai jemaah menteri baru, memandangkan sebelum ini terdapat beberapa senarai tular di media sosial, namun dinafikan oleh Ismail yang meminta masyarakat menunggu senarai rasmi daripada beliau.

Desas-desus kehadiran perdana menteri ke Pahang mula tersebar sejak semalam, menyebabkan perkarangan Istana Abdulaziz mula dikunjungi pengamal media sejak pagi tadi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles