- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 jangkau 24,500 jangkitan, ragut 393 nyawa

Setakat ini, Covid-19 telah meragut 15,211 nyawa di seluruh negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi Orang Asli di sekitar daerah Hulu Langat di Sungai Gabai.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi Orang Asli di sekitar daerah Hulu Langat di Sungai Gabai.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 24,599 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,640,843 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,936 disusuli Sabah (3,487), Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078), Sarawak (2,024), Kedah (1,538), Kelantan (1,312), Perak (1,170), Kuala Lumpur (881) dan Pahang (690).

Hanya Labuan (3) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 22,657 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,359,791 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 265,841 kes.

Dalam pada itu, 990 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 487 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 393 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 15,211.