Monday, September 27, 2021

Vaksinasi gelandangan di Sarawak sedang giat dijalankan

Setakat 20 Ogos, lebih dari 70% gelandangan di Sarawak telah menerima suntikan dos pertama vaksin.

Other News

Sebanyak 87 gelandangan di Sarawak telah menerima dos pertama vaksin Sinovac, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Fatimah Abdullah.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata 17 suntikan diberikan kepada individu yang kehilangan tempat tinggal di Kuching, 28 orang di Sibu dan 23 orang lagi di Miri.

“Kami mengenal pasti 121 orang gelandangan di seluruh negeri,” katanya, sambil menambahprogram ini telah dilaksanakan sejak akhir Julai lalu.

“Pada 20 Ogos, 72% gelandangan di seluruh negeri telah menerima suntikan dos pertama.”

Beliau turut berkata tujuh orang di Kapit dan tujuh lagi Sarikei, sementara tiga di Serian dan satu di Samarahan dan Betong telah menerima dos pertama vaksin sementara usaha sedang dilakukan untuk pemberian dos kedua.

“Mereka yang berada di Miri sudah mula menerima dos kedua kerana mereka ditempatkan di rumah perlindungan sementara bagi memudahkan vaksinasi,” katanya.

“Individu gelandangan di tempat lain akan menerima suntikan vaksin mereka dalam tempoh beberapa minggu akan datang.”

Pihak berkuasa turut menyasarkan pemberian memberikan suntikan vaksin pertama kepada golongan itu yang berada di Bintulu awal bulan depan.

“Kami berharap program vaksinasi bergerak juga dapat dilaksanakan di Bintulu,” tambah Fatimah.

Beliau berkata vaksinasi terhadap gelandangan akan dilakukan dengan menggunakan pendekatan vaksinasi tempat mereka berada.

Disebabkan gelandangan cenderung berpindah-randah, Fatimah berkata pelaksanaan pemberian vaksin memerlukan bantuan semua agensi kerajaan yang berkaitan, melalui kombinasi unit bergerak dan pusat pemberian vaksin mega.

Begaimanapun, beliau berkata vaksin bagi gelandangan setakat ini hanya terhad kepada warga tempatan.

“Menyediakan vaksin bagi para gelandangan turut berdepan beberapa cabaran.

“Mereka sukar dijejaki, atau mungkin memiliki masalah atau kebimbangan lain berbanding mendapatkan vaksin.

“Namun, kami akan pastikan kami dapat bekerjasama untuk pastikan semuanya dapat dilakukan secara selamat,” katanya.

“Vaksinasi kumpulan ini adalah kunci untuk mencapai imuniti kelompok. Akibat daripada tidak mendapatkan vaksin ini boleh menyebabkan penularan wabak menjangkaui populasi gelandangan dan bahkan keseluruhan masyarakat.”

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles