- Iklan -
Berita

Pemimpin kanan Umno, ahli keluarga bakal curi tumpuan sekali lagi

Berdepan kes rasuah, pengubahan wang haram, dan elak bayar cukai, ahli politik Umno akan hadir ke mahkamah dalam usaha mengelak hukuman penjara, denda dan larangan aktif berpolitik.

MalaysiaNow
3 minit bacaan
Kongsi
Sembilan individu yang mempunyai hubungan dengan  Umno berdepan beberapa pertuduhan akan berada di mahkamah bagi membela diri sekali gus mengelak hukuman penjara, denda dan larang berpolitik. Dari baris atas: Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan; (tengah) Abdul Azeez Abdul Rahim, Bung Mokhtar Radin, Shahrir Samad; (bawah) Tengku Adnan Mansor, Muhammad Shafee Abdullah dan Rosmah Mansor.
Sembilan individu yang mempunyai hubungan dengan Umno berdepan beberapa pertuduhan akan berada di mahkamah bagi membela diri sekali gus mengelak hukuman penjara, denda dan larang berpolitik. Dari baris atas: Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan; (tengah) Abdul Azeez Abdul Rahim, Bung Mokhtar Radin, Shahrir Samad; (bawah) Tengku Adnan Mansor, Muhammad Shafee Abdullah dan Rosmah Mansor.

Perbicaraan mahkamah berhubung pertuduhan rasuah melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno dan individu yang berkait dengan mereka sudah dijadualkan akan diadakan dari sekarang hingga Jun tahun depan dan tumpuan akan dihalakan kepada mereka selepas kelompongan kuasa seketika yang menyaksikan naib presiden parti itu, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri.

Di kedudukan teratas senarai itu adalah perbicaraan Najib Razak yang sedang berjalan ketika ini, melibatkan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 bilion, selain 21 lagi pertuduhan berhubung kes pengubahan wang melibatkan dana bernilai RM4.3 bilion atau lebih dikenali kes 1MDB-Tanore.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan Khamis lalu selepas pemimpin Umno itu mengadap Yang di-Peruan Agong di Istana Negara bagi mengesahkan sokongannya kepada Ismail.

Semakan terhadap jadual perbicaraan bagi kes 1MDB-Tanore menunjukkan sejumlah 75 hari ditetapkan antara September 2021 dan Jun 2022.

Perbicaraan Najib itu kemudian disusulil dengan perbicaraan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kes pengubahan wang haram dan memberikan kenyataan palsu, yang akan menyaksikan sebutan semula kes didengar pada 24 Ogos di Mahkamah Tinggi.

Ahli Parlimen Pontian itu didakwa melakukan pengubahan wang haram selepas gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya dari Najib bagi penyerahan cukai 2013, selain memberikan beberapa kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Pendengaran kes beliau akan di bermula Jun tahun depan.

Setelah itu adalah perbicaraan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang akan disambung pada 25 Ogos.

Bekas menteri dalam negeri itu berdepan hukuman 20 tahun penjara bagi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah sekitar RM42 juta daripada sebuah syarikat bagi melanjutkan kontrak sebagai operator sistem visa asing (VLN).

Zahid turut dituduh menerima rasuah dalam beberapa mata wang: S$1,150,000, RM3,000,000, €15,000 dan AS$15,000 daripada syarikat yang sama.

Dalam pada itu, perbicaraan bagi kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan melibatkan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah juga akan turut disambung semula pada 27 Ogos.

Shafee berdepan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang dikatakan diberi oleh Najib, selain memberikan kenyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Turut sama dijadualkan adalah pendengaran kes bagi bulan Ogos ini adalah perbicaraan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.

Kes beliau akan berjalan selama empat hari bermula 23 Ogos.

Bung dan isterinya Zizie Izette didakwa menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta daripada seorang agen pelaburan sebagai tukaran pelaburan sebanyak RM150 juta dalam bentuk unit amanah Public Mutual oleh Felcra yang ketika kejadian Bung merupakan pengerusi bukan eksekutifnya.

Kesalahan tersebut jika disabitkan boleh membawa hukuman lebih dari 20 tahun penjara.

Pada 6 September depan pula, kes melibatkan ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim pula akan didengar di mahkamah.

Beliau sedang merayu kesnya di mahkamah bagi menggugurkan kesemua 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang yang dihadapi beliau.

Bekas pengerusi Tabung Haji itu didakwa m menerima RM5.2 juta rasuah bagi beberapa projek membina jalan raya, selain 10 pertuduhan 10 pengubahan wang haram melibatkan sekitar RM140 juta.

Kerajaan juga sedang berusaha untuk melucut hak RM16 juta daripada beberapa akaun milik isteri Azeez dan anak-anaknya dalam satu kes yang akan didengar pada 8 Oktober depan.

Bukan isteri Azeez anak-anaknya sahaja yang turut diheret ke mahkamah.

Isteri Najib, Rosmah Mansor juga akan turut mencuri tumpuan sekali lagi 9 September depan di mana Mahkamah Tinggi akan memutuskan keputusan berhubung rayuannya untuk menukar bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai ketua pendakwa raya.

Rosmah sedang berdepan hukuman 20 tahun hukuman penjara berhubung pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6.5 juta dari seorang ahli perniagaan sebagai ganjaran membantu syarikatnya mendapatkan projek sistem solar hibrid dan penyelenggaraan set generator diesel di sekolah-sekolah pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Perbicaraan bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad yang kesnya mirip dengan Ahmad Maslan didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima dari Najib akan didengar pada April tahun depan.

Satu kes melibatkan Ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Mansor pula belum lagi dijadualkan.

Pihak pendakwaan kini sedang merayu untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 16 Julai lalu yang menggugurkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan ketika beliau memegang jawatan menteri Wilayah Persekutuan.