Sunday, September 26, 2021

Kes baru Covid-19 menurun bawah paras 18,000 jangkitan

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,316.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 17,672 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,572,765 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 4,316.

Negara juga mencatat sebanyak 19,053 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,297,723.

Dalam pada itu, 1,040 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 502 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 174 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 14,342.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles