Monday, September 27, 2021

Kes baru Covid-19 menurun bawah 20,000, kes kematian jangkau 14,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,379.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,807 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,555,093 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,379 disusuli Sabah (2,638), Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391), Kelantan (1,196), dan Kuala Lumpur (999), Perak (703), Pahang (598), dan Melaka (558).

Hanya Labuan (4) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 18,200 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,278,670.

Dalam pada itu, 1,026 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 496 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 232 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 14,168.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles