- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 catat 22,262 jangkitan

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,011.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Malaysia harus memerangi pandemik Covid-19 dengan memberikan tumpuan terutama bantuan kepada rakyat berbanding perkara lain. Gambar: Bernama
Malaysia harus memerangi pandemik Covid-19 dengan memberikan tumpuan terutama bantuan kepada rakyat berbanding perkara lain. Gambar: Bernama

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 22,262 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,535,286 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,011 disusuli Sabah (2,651), Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459), Kuala Lumpur (1,220), dan Kelantan (1,039), Perak (1,248), Melaka (610), dan Terengganu (521).

Hanya Labuan (9) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 18,576 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,260,470.

Dalam pada itu, 1,035 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 513 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 223 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 13,936.