- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 jangkau 23,500

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,974.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga emas dibawa menaiki kerusi roda di PPV bagi menerima suntikan vaksinasi. Gambar: Bernama
Warga emas dibawa menaiki kerusi roda di PPV bagi menerima suntikan vaksinasi. Gambar: Bernama

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 23,564 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,513,024 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,974 disusuli Sabah (2,738), Sarawak (2,548), Kedah (1,932), Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523), Johor (1,323), Kelantan (1,281), Perak (1,248), Melaka (610), dan Terengganu (521).

Hanya Labuan (1) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 257,417 kes.

Negara juga mencatat sebanyak 21,448 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,241,894.

Dalam pada itu, 1,062 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 518 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 233 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 13,713.