Monday, September 20, 2021

Serangan pemberontak di Burkina Faso ragut 30 nyawa orang awam

58 pemberontak turut terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan tersebut.

Other News

Seramai 47 termasuk 30 orang awam, 14 tentera dan tiga anggota bantuan, terbunuh dalam satu serangan pemberontak pada Rabu di wilayah Sahel utara Burkina Faso, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan kementerian komunikasi konvoi membabitkan orang awam, pasukan pertahanan dan keselamatan serta sukarelawan Defence of the Motherland (VDP) itu diserang di daerah berdekatan Gorgadji, di Sahel, wilayah yang sedang bergolak.

“Tentera kerajaan membunuh 58 pemberontak dan mencederakan beberapa pemberontak yang sebahagiannya dapat melarikan diri.

“Bagaimanapun, 30 orang terkorban dan 19 yang lain cedera, misi menyelamat masih dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Seramai 14 tentera dan tiga anggota VDP turut maut dalam serangan itu.

Keselamatan di Burkina Faso bertambah buruk sejak 2015, dengan pemberontak membunuh lebih 1,000 orang dan menyebabkan lebih satu juta yang lain menjadi pelarian.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles