- Iklan -
Berita

Makan di restoran, aktiviti sosial, perniagaan dibenar beroperasi semula

SOP yang dilonggarkan berkuat kuasa esok kepada mereka yang telah menerima vaksin Covid-19 yang lengkap.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengusaha restoran perlu memastikan pengunjung telah menerima vaksin lengkap melalui sijil digital MySejahtera ketika membenarkan mereka 'dine-in' di restoran.
Pengusaha restoran perlu memastikan pengunjung telah menerima vaksin lengkap melalui sijil digital MySejahtera ketika membenarkan mereka 'dine-in' di restoran.

Majlis Keselematan Negara dipengerusikan Perdana Menteri Sementara Muhyiddin Yassin hari ini membenaran restoran menerima pengunjung untuk “dine-in” di premis bermula esok selepas lebih lima bulan dilarang.

Seperti pengumuman terdahulu, hanya pelanggan yang mendapat vaksin lengkap dibenarkan untuk makan di premis restoran.

Aktiviti-aktiviti lain turut dibenarkan termasuk sukan yang memerlukan kontak fizikal, rekreasi dan pasar malam.

Muhyiddin dalam kenyataan sama turut memberi amaran terhadap sesiapa mengingkari prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bakal dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk diarahkan tutup dan denda.

Muhyiddin berkata pertimbangan yang dibuat pada hari ini mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang melebihi 50%.

Pencapaian ini adalah lebih awal daripada yang disasarkan sebelum ini iaitu 31 Ogos 2021.

Beliau berkata mesyuarat MKN turut mengambil maklum perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di WP Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya)

“Data yang dikumpul oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) telah melebihi 40%,” katanya.

Beliau berkata data daripada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik.

Muhyiddin berkata perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh MKN dalam waktu yang terdekat.