- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 hampir cecah 23,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,175.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Vaksinasi merangkumi seluruh warga negara dan asing bakal menjadikan negara mencapai imuniti kelompok. Gambar: Bernama
Vaksinasi merangkumi seluruh warga negara dan asing bakal menjadikan negara mencapai imuniti kelompok. Gambar: Bernama

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 22,948 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,489,460 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,175 disusuli Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526) Kuala Lumpur (1,439), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,271), Perak (1,229), Melaka (737), Pahang (736) dan Pahang (646).

Hanya Labuan (9) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 21,720 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,220,446.

Dalam pada itu, 1,060 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 528 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 178 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 13,480.