- Iklan -
Berita

Warga Britain dipenjara 6 minggu tidak pakai pelitup muka di Singapura

Benjamin Glynn disabitkan empat pertuduhan termasuk mengganggu ketenteraman orang ramai.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penumpang tren MRT di Singapura mengekalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19. Gambar: AP
Penumpang tren MRT di Singapura mengekalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19. Gambar: AP

Seeorang warga Britain yang dirakam dalam sebuah video tidak memakai pelitup muka ketika menaiki tren MRT di Singapura awal tahun ini dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu selepas mahkamah mensabitkan beberapa pertuduhan termasuk melakukan gangguan dan kacau ganggu awam.

Dalam sebuah insiden yang berlaku sebelum 8 Mei, Berjamin Glynn, 40 dilaporkan telah memberitahu penumpang-penumpang lain yang dia “tidak akan memakai pelitup muka.”

Menurut The Straits Times, pegawai polis pergi ke rumahnya untuk memastikan dia adalah orang yang dirakam klip tersebut, dia berkata kepada pegawai bahawa Covid-19 adalah berita palsu dan vaksin “tidak baik untuk kesihatan manusia”.

Mereka turut berkata beliau menolak untuk ditahan dan memberi amaran dirinya adalah seorang peninju dan dia boleh “mengalahkan mereka”.

Glynn berhujah pertuduhan itu tidak tertakluk kepada dirinya kerana dia adalah seorang “yang berdaulat”.

Bagaimanapun beliau disabitkan dua kesalahan di bawah Akta Langkah-Langkah Sementara Covid-19 di Singapore berkenaan gangguan dan mengacau ketenteraman awam.

Mahkamah mensabitkan keempat-empat kesalahan yang didakwa.

Singapura telah mengambil pendirian keras terhadap mereka yang mengingkari langkah-langkah kesihatan Covid-19, termasuk pelaksanaan hukuman penjara dan denda.

Pada Mei, Singpura melarang enam warga Britain daripada bekerja di negara itu selepas mereka melanggar undang-undang virus dengan mengadakan parti dalam sebuah kapal.

Pada Jun lalu tahun lalu, ia turut melarang empat lelaki Britain daripada bekerja selepas pergi ke sebuah pub melanggar undang-undang perintah sekatan Covid-19.

Singapura telah melaporkan lebih dari 65,000 kes dan 42 kematian setakat 11 Ogos lalu.