Monday, September 20, 2021

Korban Covid-19 jangkau 13,000, kes baru bawah 20,000

19,631 kes baru direkodkan dengan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,753.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,631 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,444,270 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,753 disusuli Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309), Pulau Pinang (1,275), Kelantan (1,268), Perak (1,101), Sarawak (835), Pahang (670), dan Melaka (623).

Labuan tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 16,468 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,179,046.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 252,147 kes.

Dalam pada itu, 1,054 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 525 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 293 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 13,077.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles