- Iklan -
Berita

Hampir 34% populasi Malaysia terima dos lengkap vaksin

501,776 dos diberikan semalam dengan 175,874 adalah dos pertama sementara 325,902 adalah dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa janji temu di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac tanpa janji temu di Stadium Bukit Jalil.

Sebanyak 28,312,631 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat Isnin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,252,314 orang manakala 11,060,317 orang menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 52.8% daripada jumlah populasi negara telah mendapat dos pertama manakala 33.9% telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 501,776 dos diberikan semalam dengan 175,874 adalah dos pertama manakala 325,902 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.