Monday, September 20, 2021

Satelit Malaysia akan diturunkan selepas tidak berfungsi akibat kejadian misteri

Usaha pemulihan mendapati Measat-3, yang dikawal dari bumi sejak 24 Jun, tidak dapat memasuki perkhidmatan semula.

Other News

Satelit komunikasi Malaysia yang dilancarkan ke angkasa lepas sekitar 15 tahun lalu akan diturunkan dari ruang angkasa selepas mengalami masalah yang tidak diketahui puncanya sejak Jun sehingga tidak dapat berfungsi.

Space.com melaporkan Measat-3 mulai dikawal dari bumi pada 24 Jun lalu selepas kejadian tidak diketahui tiga hari sebelumnya telah menyebabkan ia dilihat “tidak dapat berfungsi”.

Sementara itu, syarikat penjejak ruang angkasa ExoAnalytic Solutions menjangkakan dalam sebuah laporannya l satelit itu “tersasar dari orbitnya sekitar 1 Julai lalu”.

“Ujian dan pemulihan lanjutan mendapati satelit tersebut tidak lagi dapat memasuki semula sistem perkhidmatan,” laporan memetik Measat dalam sebuah kemas kini daripada syarikat tersebut.

Measat-3 dilancarkan pada 11 Disember 2006 dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan.

Satelit tersebut dikawal Measat Satellite Systems Sdn Bhd pada Mac 2003.

Dalam sebuah siasatan punca ia tidak berfungsi yang dijalankan Measat dan Boeing bersama ExoAnalytic Solutions, mereka mengatakan tiada bukti menunjukkan wujud pelanggaran atau risiko pelanggaran dengan objek-objek lain di ruang angkasa.

Masih tiada butiran diperolehi mengenai rancangan Measat untuk menurunkan satelit tersebut dari ruang angkasa menjadikan ia bakal jatuh ke bumi dan terbakar di ruang atmosfera bumi.

Operator televisyen Astro adalah antara pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat masalah satelit tersebut.

Bagaimanapun laporan mengatakan kebanyakan pelanggan satelit tersebut telah dipindahkan ke satelit-satelit lain sejak pertengahan Julai lalu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles