- Iklan -
Berita

Najib, Hannah Yeoh alu-alukan peletakan jawatan PM guna analogi hujan dan sinar mentari

Kedua-dua mereka yakin hari mendatang akan menjadi lebih baik.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan bekas perdana menteri Najib Razak.
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketika mesej simpati daripada warga Malaysia menghujani media sosial sebaik sahaja ucapan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin, dua ahli politik yang menggesa beliau berundur dilihat seia dan sekata dalam mengalu-alukan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas perdana menteri Najib Razak dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dilihat menggunakan analogi cuaca sebaik sahaja berita beliau memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan tular.

Najib, bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikatakan menjadi pemimpin dalam usaha mengumpul 15 ahli Parlimen Umno bagi menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin mencatat beberapa petikan ayat bahawa beliau yakin situasi dalam negara akan menjadi semakin baik.

“Hujan mencurah ke bumi. Selepas hujan, pasti ada pelangi menanti. Selepas kegelapan, pasti ada sinar menerangi.

“Selepas derita, pasti ada kebahagiaan. Semoga Allah merahmati Malaysia dan rakyat semua,” kata Najib dalam sebuah hantaran di akaun Instagram selepas sejam Agong dilaporkan menerima peletakan jawatan Muhyiddin.

Tema serupa turut menonjol dalam hantaran Yeoh, yang turut menyuarakan optimisnya beliau keadaan akan jadi lebih baik pada hari-hari yang mendatang.

“Selepas hujan, langit cerah kebiruan muncul. Menyatakan keamanan, penyembuhan dan kegemilangan kepadamu Malaysia,” katanya dalam sebuah ciapanTwitter.

Peletakan jawatan Muhyiddin hari ini adalah susulan beberapa hari parti pembangkang menolak tawaran persefahaman rentas parti bagi mendapatkan sokongan mereka dalam susul undi percaya yang dijadualkan pada September depan.

Bagaimanapun, dalam ucapannya hari ini, Muhyiddin berkata jelas beliau tidak lagi memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen susulan penolakan terhadap cadangan beliau selain penarikan sokongan oleh 15 ahli Parlimen Umno.

“Saya tidak akan bersekongkol dengan kleptokrat,” katanya yang jelas merujuk kepada Najib yang disabitkan tujuh kesalahan salah guna RM42 juta dana berkaitan syarikat 1MDB.

Pada 2017, Peguam Negara Amerika Syarikat menyifatkan skandal 1MDB adalah “kes kleptocracy paling dahsyat pernah berlaku”, selepas Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman untuk menyita lebih dari AS$1.7 bilion aset yang dipercayai dicuri dari 1MDB di mana ia ditubuhkan Najib sebagai dana negara.