- Iklan -
Berita

KSN jamin perkhidmatan awam tidak terjejas selepas PM letak jawatan

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata perkhidmatan awam komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik dalam tempoh mencabar.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali menjamin Perkhidmatan awam akan terus berfungsi seperti biasa. Gambar: Bernama
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali menjamin Perkhidmatan awam akan terus berfungsi seperti biasa. Gambar: Bernama

Perkhidmatan awam hari ini berkata akan terus menggalas amanah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, selari dengan apa yang termaktub dengan Perlembagaan Persekutuan susulan peletakan jawatan perdana menteri.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata perkhidmatan awam komited untuk dalam mendukung konsep “neutral” terhadap kerajaan berdasarkan kedaulatan undang-undang.

“Kerajaan sentiasa sedaya upaya melaksanakan semua dasar yang diputuskan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam tempoh yang sangat mencabar ini,” katanya.

“Dalam mendepani situasi semasa, saya beri jaminan bahawa perkhidmatan awam terutama anggota barisan hadapan sentiasa memberikan komitmen penuh dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas berteraskan dasar smeasa kerajaan.”

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata pentadbiran harian akan terus diterajui oleh ketua-ketua setiausaha kemeterian dan ketua jabatan persekutuan seperti biasa.

“Anggota keselamatan terutama PDRM dan ATM sentaiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam,” tambahnya.

Zuki turut berkata sehala usaha, bantuan dan inisiatif melibatkan peruntukan yang besar tidak akan terjejas demi kemaslahatan rakyat teruama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan (PICK).

“Walau apa pun gelora dan badai yang melanda, pelayaran ini akan kami teruskan bagi melaksanakan tanggungjawab demi negara yang kita cintai ini,” tambahnya.