- Iklan -
Berita

KPM benarkan pertukaran guru sepanjang tahun, kata Radzi

KPM sudah menyiapkan garis panduan baru berkenaan proses pertukaran guru bagi menggantikan Surat Pekeliling Iktisas SPI pertukaran guru 1975.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Masalah pertukaran guru menjadi isu  berlarutan dalam kalangan warga pendidikan negara.
Masalah pertukaran guru menjadi isu berlarutan dalam kalangan warga pendidikan negara.

Kementerian pendidikan (KPM) akan membenarkan pertukaran guru sepanjang tahun, kata Menteri Pendidikan Menteri Radzi Jidin hari ini.

Beliau berkata pihaknya sudah menyiapkan garis panduan baru berkenaan proses pertukaran itu bagi menggantikan Surat Pekeliling Iktisas SPI pertukaran guru 1975.

“Banyak lagi yang akan dilaksanakan, dalam konteks pertukaran guru ini.

“KPM akan memberi penjelasan lanjut berkaitan dengan garis panduan baru ini dalam masa yang terdekat,” katanya dalam video yang dimuat di Facebook hari ini.

Katanya, disebabkan kesedaran cabaran yang dihadapi guru, dalam konteks memohon pertukaran, KPM meneliti perkara tersebut, yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Katanya disebakan itu, beberapa penambaikan utama dilakukan KPM.

Radzi berkata, KPM juga sentiasa komited menjaga kebajikan guru-guru

Sehubungan itu, beliau menyeru para guru terus berusaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.

“Dengan kerjasama yang baik kita akan dapat melahirkan generasi pewaris negara yang jauh lebih hebat,” katanya.