- Iklan -
Berita

Hampir 46% populasi dewasa negara lengkap 2 dos vaksin setakat 15 Ogos

Setakat semalam hampir 73% penduduk dewasa telah menerima dos pertama.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Klinik Kesihatan Petaling melakukan vaksinasi kepada warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenangan Budi Kuala Lumpur di Petaling Jaya.
Petugas Klinik Kesihatan Petaling melakukan vaksinasi kepada warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenangan Budi Kuala Lumpur di Petaling Jaya.

Sebanyak 32.9% atau 10,734,415 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 17,076,440 orang atau 52.3% telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,810,855 dos.

Dengan ini, sebanyak 72.9% penduduk dewasa telah menerima dos pertama, manakala 45.9% telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, setakat semalam.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 415,875 dos semalam dengan 143,671 adalah dos pertama manakala 272,204 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.