- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 kekal lepasi 20,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,307.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Usaha vaksinasi terus ditingkatkan dalam negara dengan penggunaan fasiliti bergerak seperti bas yang diusahakan PKNS di sekitar Lembah Klang.
Usaha vaksinasi terus ditingkatkan dalam negara dengan penggunaan fasiliti bergerak seperti bas yang diusahakan PKNS di sekitar Lembah Klang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,546 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,404,899 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,307 disusuli Sabah (1,665), Kedah (1,596), Johor (1508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069), Kelantan (1,025), Sarawak (963), Pahang (926), Negeri Sembilan (698), Melaka (631), dan Terengganu (534).

Hanya Labuan (3) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

MENYUSUL LAGI