Friday, September 24, 2021

Kes baru Covid-19 catat 20,670 jangkitan, 260 korban direkod

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,606.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,670 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,384,353 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,606 disusuli Kuala Lumpur (2,028), Kedah (1,796), Sabah (1,752), Johor (1,425), Kelantan (1,370), Pulau Pinang (1,251 ), Perak (1,003), Pahang (794), Sarawak (725), dan Melaka(521).

Labuan tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 17,655 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,128,183.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 243,942 kes.

Dalam pada itu, 1,096 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 540 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 260 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 12,228.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles