- Iklan -
Berita

PICK akan mulakan vaksinasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Khairy

Kaedah vaksinasi tersebut akan dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kepada JKJAV.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan diberikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan diberikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Penyelarasnya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata PICK akan memulakan vaksinasi mengikut keutamaan iaitu remaja (12 hingga 17 tahun) yang mempunyai masalah penyakit kronik, diikuti individu remaja (12 hingga 17 tahun) tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.

Khairy berkata kaedah ini dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

“Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh @JKJAV tentang bagaimana vaksinasi Covid-19 untuk remaja akan dilaksanakan selari dengan pekeliling @DGHisham dan garis panduan klinikal terkini,” kata Khairy menerusi satu ciapan di laman Twitter,” katanya.