Sunday, September 26, 2021

Penularan Covid-19 di tempat kerja punca lonjakan kes positif di Sabah

209 pekerja di pelantar minyak dan 109 pekerja tapak binaan menjadikan jumlah kes baru bagi Kota Kinabalu amat tinggi iaitu sebanyak 635 kes.

Other News

Penularan virus Covid-19 di sebuah pelantar minyak dan tapak binaan Hyatt Centric dalam kalangan warga tempatan, Filipina dan China antara punca lonjakan kes di Sabah sehingga mencecah 2,052 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata kes positif itu melibatkan 209 pekerja di pelantar minyak dan 109 pekerja tapak binaan yang antaranya menjadikan jumlah kes baru bagi daerah Kota Kinabalu amat tinggi iaitu sebanyak 635 kes.

“Daerah lain juga mengalami penambahan kes baharu yang tinggi antaranya Tuaran (126 kes), Tawau (178), Beaufort (86), Kota Belud (84), Lahad Datu (50), Ranau (44), Telupid (77), Sipitang (46) dan Tongod (21),” katanya dalam sebuah kenyataan.

Masidi yang juga jurucakap Covid-19 negeri berkata dengan kes hari ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah kini adalah 100,031.

Beliau berkata terdapat satu kluster direkodkan iaitu kluster Batu Linting, Kuala Penyu melibatkan penularan Covid-19 dalam komuniti.

Katanya, kes indeks disyaki berpunca daripada majlis keagamaan pada 31 Julai lepas melibatkan seorang wanita berumur 34 tahun dikesan positif selepas melakukan ujian RTK Antigen.

Masidi berkata daripada 45 sampel yang diambil, terdapat 29 kes positif termasuk lapan kes baru pada 11 Ogos yang dikesan di Kampung Bukit Linting, Kampung Mansud, Kampung Bundu dan Kampung Kupang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles