- Iklan -
Berita

42% populasi Malaysia lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19

525,342 dos diberikan semalam dengan 197,962 adalah dos pertama manakala 327,380 adalah dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi beratur menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac di Stadium Bukit Jalil.

Sebanyak 26,388,905 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitternya, beliau memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 16,545,384 orang manakala 9,843,521 orang menerima dos kedua.

Mengikut peratusan, 70.7% daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 42% telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 525,342 dos diberikan semalam dengan 197,962 adalah dos pertama manakala 327,380 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.