- Iklan -
Berita

277 lagi korban Covid-19 direkod, kes baru kekal jangkau 21,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,449.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac di Stadium Bukit Jalil.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 21,468 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,363,683 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,449 disusuli Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316 ), Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Perak (940), Melaka (723), dan Sarawak (715).

Hanya Labuan (6) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 17,025 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,110,528.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 241,187 kes.

Dalam pada itu, 1,075 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 537 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 277 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 11,968.