- Iklan -
Berita

7 kluster komuniti baru diisytihar di Sarawak

Dua kluster diisytiharkan tamat iaitu kluster Kampung Serikin di Bau dan kluster Long Seripa di Sebauh selepas tiada kes dikesan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin memasukkan butiran penerima suntikan di Kuching. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin memasukkan butiran penerima suntikan di Kuching. Gambar: Bernama

Terdapat tujuh kluster komuniti baru Covid-19 di Sarawak hari ini dengan empat daripadanya di Kuching dan masing-masing satu di Kabong, Saratok dan Lundu.

Jawatankuasa pengurusan bencana negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata kluster baru yang dikesan di daerah Kuching terdiri daripada kluster Kampung Jaya Bakti dengan 15 kes positif, kluster Kampung Tanjong Bako (27 kes positif), Kluster Lorong Cahaya Damai (54 kes positif) dan Kluster Braang Payang (23 kes positif).

Bagi kluster Sesang di Kabong, 42 orang telah dikesan positif Covid-19, kluster Dabai Baruh di Saratok (32) dan kluster Senibung di Lundu (tujuh).

Menurut JPBN, dua kluster diisytiharkan tamat iaitu kluster Kampung Serikin di Bau dan Kluster Long Seripa di Sebauh setelah tiada kes baru dikesan dalam tempoh 28 hari lepas.

Semalam, kes positif Covid-19 di Sarawak melonjak kepada 836 berbanding 589 kes semalam, menjadikan keseluruhan 82,753 kes dan dua kematian baharu, menjadikan angka kematian berjumlah 473 orang.