- Iklan -
Berita

28% populasi Malaysia lengkap 2 dos vaksin

Vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,891 dos diberikan semalam dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin di pusat pemberian vaksin Movenpick, Sepang.
Penerima vaksin menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin di pusat pemberian vaksin Movenpick, Sepang.

Sebanyak 28.3% 9,246,295 populasi negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,119,916 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 25,366,211 dos.

“Mengikut peratusan, 68.9% daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 39.5% telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,891 dos diberikan semalam dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.