- Iklan -
Berita

211 korban Covid-19 dicatat, kes baru kembali lepasi 20,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,921.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin secara walk-in membuat pendaftaran untuk mendapatkan vaksinasi ketika hadir tanpa temujanji di Pusat Pemberian Vaksin Movenpick, Sepang.
Penerima vaksin secara walk-in membuat pendaftaran untuk mendapatkan vaksinasi ketika hadir tanpa temujanji di Pusat Pemberian Vaksin Movenpick, Sepang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 20,780 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,320,547 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,921 disusuli Kuala Lumpur (2,065), Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284), Negeri Sembilan (1,015) dan Perak (828).

Hanya Labuan (3) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 17,973 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,075,816.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 233,358 kes.

Dalam pada itu, 1,053 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 546 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 211 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 11,373.