- Iklan -
Berita

Kes baru hampir cecah 20,000, kematian akibat Covid-19 jangkau 11,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,338.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas vaksin memberi suntikan vaksin Sinovac dos kedua kepada penerima yang hadir mengikut temujanji mereka di PPV Movenpick, Sepang.
Petugas vaksin memberi suntikan vaksin Sinovac dos kedua kepada penerima yang hadir mengikut temujanji mereka di PPV Movenpick, Sepang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,991 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,299,767 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,338. disusuli Kuala Lumpur (2,374), Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344), Kelantan (1,030), Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), dan Melaka (578).

Hanya Labuan (1) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 16,258 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,057,843.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 230,762 kes.

Dalam pada itu, 1,096 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 570 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 201 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 11,162.