- Iklan -
Berita

Lebih 25.5 juta dos vaksin Covid-19 setakat 8 Ogos

48.3% daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 26.9% telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberikan vaksin Covid-19 kepada pekerja industri hotel di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan memberikan vaksin Covid-19 kepada pekerja industri hotel di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

Sebanyak 24,542,437 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 48.3% daripada populasi negara mendapat dos pertama, manakala 26.9% telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 389,641 dos diberikan semalam dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama manakala 232,825 lagi adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.